Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya
daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi
darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal
budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk
kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia
yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam
Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan
bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah
kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang
harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan
keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (
Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk
sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan
oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati
diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut
dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang
lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik
ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan